1- TAKRIF : Ilmu fawasil adalah satu ilmu yang membincangkan mengenai bilangan ayat dan surah serta akhir ayat dan juga permulaan bagi setiap ayat. 2- TAJUK PERBINCANGAN ILMU INI : Surah-surah dan Ayat-ayat Al-Quran 3- KAEDAH FAWASIL : Persamaan ayat sebelum dan selepas dari segi panjang atau pendeknya : - Ittifaq para ulama' di dalam pengiraan - Sempurna maksud dan makna ayat - Persamaan di akhir sesuatu ayat dengan satu ayat yang lain 4- FAEDAH MEMPELAJARINYA : - Untuk sahnya solat : Ulama Fiqh menyatakan bahawa sesiapa yang tidak menghafaz surah Al-Fatihah maka hendaklah menggantikannya dengan tujuh ayat yang lain. - Untuk sahnya sesuatu khutbah - Untuk mengetahui wakaf-wakaf yang disunatkan pada akhir hayat - Untuk mengetahui ayat-ayat atau surah yang disunatkan bacaannya selepas Fatihah di dalam solat. Terdapat pendapat ulama' yang menyatakan bahawa tidak sah bacaan sesuatu ayat itu jika kurang dari tiga ayat - Untuk menge...