1- TAKRIF :
Ilmu fawasil adalah satu ilmu yang membincangkan mengenai bilangan ayat dan surah serta akhir ayat dan juga permulaan bagi setiap ayat.
2- TAJUK PERBINCANGAN ILMU INI :
Surah-surah dan Ayat-ayat Al-Quran
3- KAEDAH FAWASIL :
Persamaan ayat sebelum dan selepas dari segi panjang atau pendeknya :
- Ittifaq para ulama' di dalam pengiraan
- Sempurna maksud dan makna ayat
- Persamaan di akhir sesuatu ayat dengan satu ayat yang lain
4- FAEDAH MEMPELAJARINYA :
- Untuk sahnya solat :
Ulama Fiqh menyatakan bahawa sesiapa yang tidak menghafaz surah Al-Fatihah maka hendaklah menggantikannya dengan tujuh ayat yang lain.
- Untuk sahnya sesuatu khutbah
- Untuk mengetahui wakaf-wakaf yang disunatkan pada akhir hayat
- Untuk mengetahui ayat-ayat atau surah yang disunatkan bacaannya selepas Fatihah di dalam solat. Terdapat pendapat ulama' yang menyatakan bahawa tidak sah bacaan sesuatu ayat itu jika kurang dari tiga ayat
- Untuk mengetahui dimanakah bacaan (imalah) dan (taqlil) bagi imam-imam yang membaca dengan wajah-wajah tersebut ketika waqaf
- Untuk mendapat pahala pada bacaan ayat-ayat yang dikhususkan didalam kehidupan seharian. Hadis Rasulullah SAW :
" Ada satu surah dalam Al-Quran yang terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan memberi syafaat kepada seseorang (pembacanya), sehinggalah dia diampunkan. Surah itu adalah surah TABARAK AL LAZI (Surah Al-Mulk). "
(Hadith riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban dalam sahihnya)
- Untuk mendapat pahala bacaan ayat-ayat didalam solat Hadis Rasulullah SAW :
" Sesiapa membaca sepuluh ayat (daripada Al-Quran) pada satu malam maka dia tidak akan dikira dikalangan orang yang lalai (daripada mengingati Allah SWT). "
(Hadith riwayat Hakim dan beliau berkata Hadith ini shahih di atas syarat Muslim)
Rujukan : (ناظمة الزهر) karangan Syeikh Abdul Fatah Al-Qadhi (فضائل القرءان) karangan Maulana Muhammad Zakariyya

Like❤️
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt.
ReplyDeleteNazimatu al-zuhr adalah karangan al-Imam al-Syatibi, bukan Syeikh Abdul Fatah Al-Qadhi.
Barakallahu fikum.